Bengkel Perencanaan Pembangunan Intelek

Siri bengkel ini bertujuan menjana misi dan membentuk idea dalam melaksanakan agenda pembangunan masyarakat, melalui aplikasi dan pelaksanaan TMK di peringkat kebangsaan. Bengkel yang diadakan selama 2 hari menumpu kepada penjanaan dan penyatuan idea agar dapat membentuk satu kerangka kerja bersepadu dalam kalangan masyarakat dari pelbagai sektor terutama penyelidik, pendidik, ahli korporat dan sebagainya. Penglibatan pelbagai sektor ini diharap dapat menggabungkan tenaga dan idea dalam membantu membangunkan masyarakat.